|
perlu ke berharap?
Saturday, June 25, 2011 | 7:30 AM | 0 comments
mengharap sesuatu yang tidak tahu jawapannya. rasanya semua orang pernah rasa perasaan berharap. kan? mari kita lihat dialog antara hati dan luaran : situasi 1 kisah yang mengisahkan seorang remaja yang bernama Rosiah. rosiah : aku memang yakin lah aku dapat A+ untuk add math.. senang gila soalan dia. hati : alaa~ mesti dapat A+ punya aku kan pandai setelah dapat result add math: rosiah : wuargggghhh~ gagal??? (menangis sampai nak bunuh diri) selalu juga kan.. perkara ni berlaku jika kita terlalu yakin. takut benda ni pulak jadinyaa~kann nak yang baik , yang buruk yang datang. situasi 2 kisah yang mengisahkan tentang Zainul dan hatinya : zainul : aduh.. budak tu dah mula benci aku doh.. malunyaa aku rasa. hati : budak tu memang dah jadi hater aku.. suatu hari kawan zainul memberikan sepucuk surat dari budak yang mula menjadi haternya. zainul : gilaaa~ dia suka aku?? warghh rasa macam nak tanam bunga dekat seluruh halaman sekolah ni. situasi ni juga mungkin pernah berlaku pada anda kan.. buruk difikiran , baik yang mendatang .. situasi 3 mengisahkan tentang seorang lelaki yang berusia 30 tahun bernama Zizan. Zizan : aku rasa , aku kalah ni. hati : menang punyalahhh~ lalu keluar result.. zizan : aku menangggg!!!!!! mulut kata lain hati kata lain... then result ikut kata hati.. waaa~ memang cool lah kann... situasi 4 tentang seorang wanita berusia 25 tahun bernama azian azian : aku rasa aku menanggg!!! hati : kalahlah aku. :( result keluar. azian : aku kalah ;"( takpe lah takkisah pun. apa kaitannya situasi dengan BERHARAP? kita sebenarnye tak perlulah nak berharap sangat untuk dapatkan sesuatu tu. kita redha je. jika tak dapat redha sahajalah dengan ketentuan tersebut.. kita mungkin akan ada rasa kecewa sedikit.. lebih baik sedikit dari banyak sampai nak bunuh diri kan.. redha sahaja dengan ketentuan Allah SWT. kita hanya mampu berusaha , berdoa dan yakin dengan doa kita. jika kejadian buruk yang berlaku anggaplah ianya ujian daripada Allah SWT supaya kita lebih tabah. Jika kebaikan yang mendatang janganlah sesekali kita bongkak dengan apa yang kita dapat ucapkanlah ALHAMDULILLAH. bersyukur dengan kebaikan yang kita dapat. jangan pernah kita bongkak kerana.. Allah maha berkuasa boleh mengambil apa yang kita dapat bila-bila masa sahaja . perkara tersebut berlaku juga pada kami apabila kami memasuki satu pertandingan movie maker ataupun bahasa melayunya buat movie. kan. ^_^ kami masuk.. dah rakam video dan sudah punya hasilnya. kami memasuki pertandingan tersebut dengan gembiranya. pada masa nak burn CD tu lappy buat hal.. guna COMPUTER then computer mcm apa je. bila buka je tertutup. kami KRIBO memulakan buka balik computer dengan bacaan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~ lalu kami buat dengan pantasnya takut tertutup lagi.. .. dan rasanya berjaya. test DUA lAPPy. ______EMPTY CD ____ warghhh~ rasa macam nak menangis ni. lalu besoknya hari terakhir untuk hantar.. terpaksa hantar juga CD yg kosong tu. mcm2 kami cakap dengan cikgu. tapi cikgu tu marah kami balik. ~_~" pada hari penontonan semua video yang masuk pertandingan kami terpaksa pergi juga. kami tunggu CD kami sama ada boleh ditayangkan ataupun tidak. betapa risaunya kami. buat penat-penat kalau CD tak elok memang rasa kecewa gila ni. hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaan kami. kami takut malu kalau video tu takda dalam CD. sebab peserta yang masuk dalm 18 kumpulan. :") pah dan cyera pergi ke toilet... esoh sahaja yang tinggal didalam dewan bersama peserta yang lain. apabila pah dengan cyera masuk . kami tengok video kami tengah ditayangkan waaa~ terkejutnya apabila kami masuk dewan video kami tengah ditayangkan.. alhadulillah leganya rasa.. tetapi videonya tersekat-sekat penatnya kami buat ini hasilnya ditayangkan.. malu juga rasanya bila video tersekat-sekat. tapi tak semalu apabila takut video takda dalam CD. kami mula menyerah kalah . pesaing sangatlah ramai yang hebat belaka. kami rasa kami kalah.... kecewa.... video tersekat-sekat. pada hari perhimpunan diumumkan pemenang bagi movie maker. tempat kelima dimenangi oleh HOLUX GIRLS. okay.. kita takkan menang.. memang kalah.. <_-- kata2 kribo. tempat keempat dimenangi!!! dengan lagunya afgan kepadamu ku bersujud. WAN SITI AYSHAH BINTI WAN AZMAN NURSYAHIRAH BINTI SAMSUDIN NOORAFIFAH BINTI ABD AZIZ NURSHAKIRIN BINTI ABDULLAH DARI KUMPULAN KRIBO!!!!!!!!! ha??? bia betul... 0.0 tak percayaaa~ kirin pun pergi bergegas menjadi wakil untuk ambil hadiah. kami gembiraa!! alhamdulillah kami menang.. hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan kami. sapa tak gembira kalau menang kan.. takdir menyebelahi kami.. walaupun tempat keempat.. kami bersyukur.. sekurang-kurangnya kami menang. video kami memenangi tempat keempat daripada 18 kumpulan yang bertanding. ^_^ nak tengok video yang kami menang tak???? click sini ------> kribo video |