|
ubah tanggapan dekat radioaktif .
Thursday, June 23, 2011 | 11:35 PM | 0 comments
rata-rata masyarakat akan terlintas difikiran mereka bahawa radioaktif adalah sesuatu bahan yang sangat bahaya.. betul ke bahaya? bahaya sangat ke?? * radioaktif sebenarnya wujud secara semula jadi di sekeliling kita yang mengeluarkan sinarannya secara semula jadi dan kita terdedah kepadanya dalam kehidupan seharian. Umpamanya pendedahan sinaran dari tanah dan batu-batan yang kita duduki, (rumah batu) , kita turut memakannya melalui makanan dan minuman kita seharian seperti dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. * tubuh badan kita juga mempunyai bahan radioaktif semula jadi seperti potassium-40 (K-40) .Di Malaysia, kandungan uranium dan thorium semula jadi ini adalah dalam julat 49-86 Bq/kg (bersamaan 0.049 - 0.086 Bq/gm) untuk uranium dan dalam julat 63-110 Bq/kg (bersamaan 0.063-0.1 Bq/g). tak percaya? tanya professor tu.. haha *purata dedahan dos setahun yang kita terdedah kepada sinaran semula jadi di sekeliling kita ialah 2.4 milliSievert (mSv) setahun. apa BENDA RADIOAKTIF tu??? * Radioaktif atau sinaran yang terhasil daripada bahan radioaktif ialah satu bentuk tenaga yang dipancarkan oleh atom atau molekul yang disebarkan melalui ruang atau jirim sebagai partikel/zarah ataupun gelombang elektromagnet. tulaaaa~ lain kali belajar chemistry.. hahahha kannn~ betui kan? |