|
warna hidup kita.
Saturday, July 2, 2011 | 10:11 PM | 0 comments
kehidupan boleh dipengaruhi oleh warna. warna memainkan peranan yang penting untuk sesuatu situasi. warna yang baik menandakan situasi yang baik. warna yang suram menandakan situasi yang agak menyuramkan. apakah peranan warna? warna ni boleh buat perasaan kita bertambah gembira. warna boleh mengubah persepsi orang terhadap kita warna mampu mengubah perasaan kita. warna dapat menyebabkan kita popular. warna juga dapat memberikan senyuman kepada orang. warna juga boleh mengubati penyakit. ubati penyakit???? gilaa lah warna pun boleh jadi ubat ka??? warna dapat mengubati penyakit stress , sakit kepala , imsomnia , keletihan , ... jika anda stress.. warna apa boleh mengubati stress ini??? BIRU... warna biru dapat menenangkan jiwa yang stress , warna biru juga adalah warna yang tenang . ianya juga dapat mengurangkan tekanan darah. cuba gunakan warna biru disekeliling anda. pasti anda lebh berasa tenang dan tenteram jiwa. sakit kepala pula warna apa?? MERAH Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin?? buatpe eh?) insomnia pula?? warna apa yaaa??? MERAH JAMBU Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik..suasana ini dapat menyelesakan anda untuk tidur.. sekaligus dapat mengubati penyakit imsomnia ni juga seyh.. ^_^ jika anda letih?? meh cuba guna warna HIJAU Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni didalam badan. hijau juga warna yang tenang warna alam sekitar , warna flora .. senang cita warna yang cool lah kan.. ^_^ jadi jika anda terdapat penyakit tersebut boleh ler try kaedah ni.. tapi bukan 100 % boleh baik lah.. kann.. .. kalau pakaian pula.. kita oleh lihat sendiri.. kalau orang tu suka pakai baju warna warni.. nampak dia macam ceria je. macam gembira sentiasa je an.. kalau orang tu selalu pakai warna yang muram..orang tu senang dipanggil sombongkan.. hahhahah ^_^ thanks coz read. lalala |