|
yomogi part 1
Thursday, August 4, 2011 | 6:04 AM | 0 comments
yomogi seorang ialah seorang remaja yang digelar juga sebagai seorang pelajar sekolah tinggi. mempunyai seorang rakan baik yang sering bersama.. iaitu natsume dan wakky . berkawan baik sejak kecil. tidak pernah merasakan pelbagai perasaan....kecuali perasaan kasih sayang antara rakan yang sudah dianggap seperti adik beradik. :) pada suatu hari..... yomogi telah merasakan dirinya mempunyai perasaan yang aneh terhadap wakky.. wakky seorang remaja lelaki dan seorang pemain besbol yang berjaya. dia mula rasa gemuruh apabila berjumpa si wakky. . rakan-rakan perempuan yomogi berkata ianya satu perasaan dinamakan cinta. yomogi seorang remaja perempuan yang gila terhadap duit dan hidupnya cintakan duit telah bertukar ke cinta wakky. pada suatu malam. wakky menjemput yomogi dan natsume untuk datang ke rumahnnya untuk makan malam bersama.. natsume menolaknya kerana natsume berasa malas . yomogi dan keluarganya dtg kerumah wakky untuk makan malam yang enak sekali.. selepas habis makan.. yomogi dan wakky bersantai dihalaman rumahnya. yomogi bertanya. "wakky! kau dah ada orang kau suka?" "ada" jawab wakky "huyoo sapa?" tanya yomogi lagi "ayaka" jawab wakky sambil ketawa "itu artis... maksud aku perempuan bukan artis lah" kata-kata yomogi.. "mestilah tiada.. apalah kau.. aku kan sibuk dengan besbol" jawab wakky "oohh" jawab yomogi dengan nada yang perlahan.. lalu wakky pun bertanya kepada yomogi soalan yang sama dengan apa yang yomogi bertanya tadi. "kau pula. dah ada orang kau suka?? " tanya wakky kepada yomogi "ada" jawab yomogi sambil pipinya merah "siapalah lelaki tu kan?? " tanya wakky "hurmmmm.................................... wakky!aku suka wakky" jawab yomogii "aku pun suka kau" kata-kata wakky "nak keluar date tak?" tanya yomogi "haa?? kenapa pula... hahahaha.. apa lah.. buat lawak pulak" jawab wakky.. yomogi lalu terus balik kerumahnnya dengan alasan ada hal.. yomogi menangis didalam bilik dengan keadaan yang sangat dasyat.. tangisannya didengari natsume.. natsume masuk ke rumah yomogi dan kelihatan yomogi sedang menangis.... natsume tidak pernah melihat seorang budak perempuan bernama yomogi menangis begini. seorang remaja perempuan yang tabah. menangis ... natsume sebenarnya mempunyai perasaan terhadap yomogi... (bersambung kemudian:") heeee kini dah ada buku KOMIK yomogi ke duaaaaaaa!!!! coooolll yomogi bestttt... komik bersiri.... ^_^ dapatkan dikedai buku berdekatan anda... kribo kaki komik. :) |