|
teacher , ustazah , or cikgu
Tuesday, September 6, 2011 | 5:40 AM | 0 comments
semuanya sama kan :) semua gelaran ustazah , teacher dan cikgu adalah sama. ia bermaksud orang yang telah mengajar kita sesuatu kan :) proud to be your student. jadi sebenarnya kami nak cerita pengalaman yang mungkin kami takkan lupakan sampai bila-bila.\ apakah itu? kami akan ingat ustazah sampai bila-bila :) walaupun ustazah sudah meninggalkan kami untuk selama-lamanya. semalam , isnin 2.00 ptg di hospital sg.buloh kami melawat ustazah yang berada dalam keadaan koma. mereka berkata bahawa breathing tube akan dicabut petang itu kerana tiada harapan lagi . kami masuk bertiga. . dengan suara nur lyana membaca yassin di hadapan ustazah sambil suara suami ustazah menceritakan tentang ustazah menambahkan rasa sebak didada. kami mula menitiskan air mata. kelihatan ustazah penuh wayar dibadannya dan hanya bergantung pada mesin sahaja. kami menitiskan air mata perlahan lahan sambil menunggu nur lyana habis membaca surah yasin. setelah selesai lyana membaca yassin air mata bertambah banyak. kami melihat muka ustazah untuk kali terakhirnya dan turun untuk giliran orang lain pula. betapa pilunya hati melihat muka ustazah. tetapi telah kami doakan kepadaNYA. "lakukanlah yang terbaik untuk ustazah kami , dan kami redha dengan ketentuan Allah ." . . . . selasa , 7.30 pagi . di tapak perhimpunan ustaz mengumumkan pemergian ustazah.. hati pilu tak terkata. akhirnya ustazah meninggalkan kami untuk selama-lamanya. membacakan yassin kepadanya dan sedekahkan al-fatihah untuknya. jasamu tidak akan kami pernah lupakan . . ustazah yang pernah mengajar kami masa tingkatan 1 dan tingkatan 3 yang telah membawa kejayaan kami dalam PMR. telah menyumbang jasa yang sgt bermakna dalam hidup. dan terima kasih kerana telah menjadikan kami insan yang berguna dengan mengajar kami tentang pendidikan islam . :) your face that time make me change my whole life :) terima kasih ustazah . . |